Pengembaraan ke Gunung Santubong Kuching, Sarawak

Salam satu usahawan,

Salam menyihatkan badan,untuk semua sayangilah jantung anda, hargailah org yg tersayang...

Kali ini saya nak cerita pasal program minggu lepas yg disertai oleh 13 org kawan-kawan dari pelbagai latar belakang...

Kali ini saya telah berjaya membawa baju "rainforest" ke Puncak Gunung Santubong. Seronok rasanya tidak terhingga kerana mampu membawa produk sendiri dalam pengembaraan kali ini. Tidak lupa terima kasih kepada handycam sony dcr tvr285E (model lama~tape) kerana tanpa handycam ini mungkin video yg akan anda saksikan sebentar lagi tidak akan wujud.

Dengan cuaca yg sangat baik, kami mampu mendaki dengan jayanya... Syukur saya panjatkan kepada yg Maha Esa kerana memberikan kekuatan dan daya kekuatan untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Negeri Sarawak tercinta ini.

Bermula dari lebih kurang jam 8 pagi kami berkumpul di sebuah balai polis berdekatan. Setelah membuat senaman panaskan badan dan bacaan doa serta pembahagian baju T-Shirt kepada kawan-kawan semua. (Ne ndak nyaman baju sponsor)

Setelah selesai membahagikan baju T-Shirt (warna merah dry fit) kami berjalan menuju ke Bukit Puteri, tempat permulaan pendakian. Semasa permulaan pendakian, salah seorang ahli pendaki wanita muntah-muntah mungkin disebabkan tidak mengambil sarapan. Setelah berehat sebentar dan "diurut-urutkan" tenaganya semakin pulih dan kami meneruskan perjalanan.

Syukur lagi pada Tuhan yg telah menjadikan pokok-pokok yg menghijau memberikan udara sesegar ini.... wah hebat sekali rasanya... banyak pokok-pokok yg telah dilabel seperti Pokok Bintangor yg mempunyai unsur perubatan yg menjadi khazanah bumi Kenyalang.

Saya ingin sekali mengambil gambar burung kenyalang, tupai, lebah, semut, kerengga, bunga-bunga hutan, namun begitu kamera masih lagi di workshop Canon. Tidak mengapa kerana ada handycam yg membantu... terima kasih juga kepada yg merakam.

Comments

Post a Comment

Popular Posts